.:: Sahabat Blog ::.

Sunday, July 31, 2011

LAWATAN TABIKA KEMAS....

semalam kami satu family termasuk mak mertua aku, p menyertai Lawatan Tabika KEMAS, Pulau Sepom 1 ke Muzium Padi, Ladang Anggur, Piknik kat Gua Kelam and last skali p Padang Besar.

bertolak lebih kurang kul 8 pagi. Tempat 1st cikgu Firas bawak p ialah Muzium Padi, yang tak bestnye waktu tu adalah ujan.... p berjalan dalam ujan amatlah tak syok.... susah nak berjalan....

2nd place ialah Ladang Anggur, time kami sume sampai anggur baru berbunga,buah pun adala kecik2, so, adalah satu tempat tu yg anggur dia baru nak masak, dapat rasa tuk pegang buah anggur yg kat pokok...(jakun sangat kan???) yela kat umah manade pokok tu...

3rd place ialah Piknik kat Gua Kelam... acara makan2 sbb dari pagi makan loti je, lapa tauuu... nak bg fawwaz n firas mandi pun tak bawak baju spare tuk mandi, baju spare tuk jalan2 adala...so tengok je la kawan2 dia mandi. masa  ni tak amik gambar sbb kamera ttinggal dlm bas hehehe lupe nk amik...

last skali tempat yg ditunggu2 oleh mak2 yg nak bershopping la... aku ngan hubby tak tau nak shopping ape, last2 beli mainan kat dak ni, hubby beli t-shirt, aku beli beg... tu je, mak mertua aku mang shopping sakan la, dia beli beg, tikar, tu tempat gantung tudung yg ada awning tu, makanan, byk gak la... tgn pun tak cukup nak bawak....

kul 5 ptg btolak balik ke Tikam Batu, sume senyap... lena... sbb penat berjalan, ngan aku skali lena...

MUZIUM PADI:







LADANG ANGGUR :







Friday, July 29, 2011

KENAPA KANAK2 SUKE ISAP JARI...?

Kawan2 ada tak anak yg suke isap jari???
ada sebab rupenya napa anak2 kecik suke isap jari, baru aku tau...
dl masa 1st baby, aku sempat susukan Firas 2 bulan je, tu sume sbb dok jarak jauh...
ms 2nd baby,aku masih susukan sampai sekarang,
kesan dia, dia tak isap jari,
jom kiter baca sesame....

Hisap jari adalah perlakuan biasa bagi kanak-kanak kecil. Perlakuan ini dapat memberi keselesaan dan rasa selamat kepada diri kanak-kanak itu. Namun ia boleh menjadi tabiat jika tidak dikawal.

Ada yang mengatakan bahawa sebahagian sahaja kanak-kanak kecil yang hisap ibu jari. Namun fakta menjelaskan bahawa semua kanak-kanak melakukannya! Keadaan ini membimbangkan ibu bapa kerana tabiat ini jika dibiarkan berterusan akan merosakkan gigi. Ibu bapa juga perlu tahu bahawa perilaku ini terbentuk secara semula jadi kepada seorang kanak-kanak kecil sama ada kerana lapar, mencari keselesaan, atau hanya ingin tahu mengenai anggota badannya. Jangan tarik ibu jarinya daripada mulutnya jika setiap masa dia melakukan tabiat itu. Tindakan ini tidak betul. Apa yang perlu, ibu bapa harus ingat bahawa tabiat ini akan beransur hilang apabila bayi mencapai usia tiga hingga enam tahun.

Kelaparan
Alasan lain hisap jari ialah apabila seorang kanak-kanak kecil telah selesai menyusu susu formula atau penyusuan ibu. Dia secara beransur-ansur akan menukarkan kepada jarinya. Ada pakar menyebut bahawa kanak-akan kecil yang diberi susu setiap tiga jam tidak akan menghisap ibu jari mereka berbanding yang diberi setiap empat jam.
Bagaimanapun, ada sesetengah anak kecil telah mula menghisap ibu jari mereka selepas ibu melahirkannya. Malah ada juga semasa dalam rahim.
Hisap jari juga bukan untuk mendapat perhatian jika dia melakukannya dalam beberapa waktu sebelum waktu makan. Ia bersikap begitu kerana dia lapar.
Namun jika selepas makan, masih menghisap ibu jari, ia petanda anda perlu menghentikan tabiat itu. Ingat, perilaku ini perlu segera dikawal sebelum ia berubah menjadi tabiat.
Menghisap puting Secara umumnya bayi yang menyusu susu ibu kurang menghisap ibu jari mereka. Ini kerana biasanya bayi akan menghisap puting payu dara ibu sehingga puas. Biarpun usianya sudah meningkat dua tahun dan payu dara ibu sudah tidak bersusu, dia tetap akan mencari puting payu dara.
Proses ini akan berlangsung antara 5 atau 6 minit sahaja dan ia sekadar untuk menghisap main-main sahaja atau sekadar melepas rasa “gian”.

Mengurangkan Penyusuan
Apabila bayi ini semakin besar, secara semula jadi dia tidak memerlukan penyusuan secara kerap. Bagaimanapun, jika dia masih mempunyai satu tabiat hisap ibu jarinya, anda perlu berfikir mempertimbangkan sama ada mahu meningkatkan jumlah penyusuan atau tidak. Secara amnya bayi perlu meneruskan untuk tumbesarannya.

Enam Bulan Masih Hisap Ibu Jari
Kanak-kanak kecil mempunyai satu desakan naluri untuk menghisap, tetapi desakan ini biasanya menurun secara semula jadi apabila usia tiga atau empat bulan. Jika anak kecil anda menghisap ibu jarinya biasanya melebihi umur ini, dia melakukannya untuk mencari keselesaan. Kanak-kanak sebegini dilihat sebagai seorang yang pendiam dan mudah kecewa dan sebagai jalan keluar dia akan melakukan tabiat itu.

Tumbuh Gigi
Bayi yang tumbuh gigi mempunyai satu tabiat menghisap ibu jari, jari atau tangan. Ini mungkin membantumelegakan tekanan dari gusi mereka. Ibu bapa harus cuba untuk tidak keliru dalam hal ini dengan tabiat hisap jari. Bayi yang mempunyai tabiat menghisap ibu jarinya, mungkin akan meneruskan tabiatnya walaupun dia sudah tumbuh gigi. Namun, lama-lama kelamaan tabiat itu akan hilang bila dia mula bersosial dan meneroka persekitarannya dengan lebih luas.

Kesan Negatif Hisap Jari
Menurut sebuah artikel yang dipetik daripada laman web Sihatselalu.com, kanak-kanak berusia bawah 6 tahun lebih berisiko tinggi bila menghisap jari atau puting botol kerana pembesaran bahagian mulut dan rahang mereka amat aktif. Apabila ada tekanan di lelangit, gigi dan rahang, ia dengan mudah mengubah bentuk asal bahagian mulut.
Banyak kajian pakar ortodontik mendapati amalan menghisap jari dan puting menjadi faktor utama perubahan struktur rahang dan gigi. Selain suka menghisap jari, gigi berlapis, bentuk gigi yang abnormal dan kehilangan gigi akibat rosak atau kemalangan juga menjadi faktor kepada pembentukan gigi jongang. Untuk mengikuti lebih lanjut tentang masalah jongang ini, ikuti kupasan lanjut bulan hadapan.

Tip Mudah
1. Jangan membuat anak anda berasa selesa apabila dia hisap ibu jarinya.
2. Jangan berleter kepada anak anda.
3. Cuba sibukkan dia dengan satu permainan apabila beliau mula mahu menghisap ibu jarinya.
4. Bina keyakinan kepadanya.
5. Jangan tarik ibu jarinya kerana dia cenderung untuk meneruskan tabiat itu.

Firas dulu ms kecik2 mang suke sgt masukkan apa sj dlm mulut, effect dia adalah gigi depan dia rosak...
mang betul...

Thursday, July 28, 2011

SYUKURI NIKMAT UJIAN...

"Ya Allah, jika segala kesusahan dan keperitan ini mendekatkan aku dengan-Mu, janganlah engkau mengurniakan aku kesenangan dan kemudahan kerana aku takut aku akan jauh dari-Mu lantaran kelalaian dan kealpaanku."

Dalam hidup ini, kita sering diuji dengan berbagai-bagai ujian dari Maha Pencipta. Ujian yang didatangkan itu kadang-kadang merupakan satu peringatan di atas kelalaian ataupun satu hukuman lantaran kesalahan dan tidak kurang juga hanya semata-mata ujian untuk menduga tahap kesabaran dan keimanan kita. Kita diuji dengan sesuatu yang kita mampu hadapi kerana Yang Maha Mengetahui kemampuan dan keterbatasan kita hanyalah Allah Yang Esa.
Sesetengah orang diuji dengan harta kekayaan, kemewahan dan kesenangan. Manakala, sebahagian yang lain diuji dengan kesusahan, kedaifan dan kesulitan. Semua itu hanya satu tujuannya iaitu untuk mengukur sejauhmana kita bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan.

Bagi orang yang punya semuanya, seharusnya di hati mereka tiada perasaan riak, sombong, takbur, dan kedekut kerana semua yang dimiliki itu adalah pinjaman Allah semata-mata. Apabila  Dia mengkehendakinya semula, pasti Dia boleh menarik balik dengan sekelip mata. Sedangkan bagi mereka yang tak punya apa-apa seharusnya tiada sekelumit pun perasaan kesal, dengki, iri hati dan rendah diri kerana  Dia Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani  boleh mengubahnya dengan membuka pintu rezeki.

Di antara dua ujian itu terselit satu persamaan iaitu bersyukur. Jika kita diuji dengan segala macam kesenangan nikmat duniawi kita perlu bersyukur. Begitu juga jika kita diuji dengan segala ketidakcukupan duniawi, kita juga perlu bersyukur.

Bagi mereka yang punya segala, bersyukurlah dengan kurniaan yang dianugerahkan, berbahagilah sesama saudara, rakan dan jiran serta jauhkan dari sikap menunjuk-nunjuk dan meninggi diri. Bagi mereka yang tidak punya, tidak perlu menyesali takdir, merasa iri dengan kesenangan orang lain dan tidak perlu terlalu merendah diri atas segala kekurangan. Bersyukurlah dengan apa yang ada kerana syukur itu adalah tanda Iman. Apabila kita bersyukur, nescaya Allah akan menggandakan nikmatnya kepada kita.

Kita juga boleh berfikir begini "Jika aku senang mungkin aku akan lalai dan hanyut dalam kesenangan itu. Aku tidak mampu menanganinya dengan baik, maka Allah berikan aku kesusahan." Ataupun "Jika aku susah mungkin aku akan melakukan banyak kemungkaran. Aku tidak mampu hidup susah, maka Allah berikan aku kesenangan." Maka bersyukurlah. Susah ataupun senang, kedua-duanya adalah antara nikmat dan ujian dari Allah. Alhamdulillah...

Kesimpulannya, walau apa juga ujian yang diberikan kepada kita, baik hidup senang atau susah, kita hendaklah bersyukur. Bagi yang senang tidak perlu menghina yang susah dan yang susah tidak perlu mencemburui yang senang. Barulah semuanya akan hidup aman. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui segala-galanya tentang hamba ciptaan-Nya dan Dia tidak membebani kita melainkan dengan beban yang mampu ditanggung oleh kita.

Wednesday, July 27, 2011

JODOH...

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang.
Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.
Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.

Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar.
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.
Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.
Tips: Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.
Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu.
Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah.
Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan.
Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.
Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.
Tips: Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.
Demikian juga perkahwinan.
Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.
Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kealam berumahtangga.
Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah?
Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu.
Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.
Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. 

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat.
Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.

Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.
Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.
Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.
Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali.
Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.
Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.
Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.
Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.
Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.

Monday, July 25, 2011

ANAK MELATIH KITA BERSABAR...

Sabar itu tercermin melalui tiga kategori iaitu sabar dalam berkata, perbuatan dan hati. Sabar dalam berkata ialah tidak mengucapkan kata – kata kesat dan kasar. Sabar dalam perbuatan ialah menahan diri daripada melakukan sesuatu yang tidak baik kepada orang atau objek di sekeliling kerana marah. Sedangkan sabar dalam hati ialah bersangka baik dengan setiap yang berlaku.

Saat anak baru dilahirkan, dia hanya mampu menangis untuk menyatakan segalanya tanpa batas waktu dan keadaan. Terkadang sang ibu terutamanya yang baru menimang cahaya mata merasa rimas dan kurang sabar dengan tangisan yang belum dapat dipastikan apakah solusi terbaik untuk bayinya. Lapar, sakit, tidak selesa atau inginkan perhatian ? Rasa letih, mengantuk dan kesibukan dengan kerja rumah yang ada sekurang – kurangnya akan menimbulkan rasa kurang senang di hati seorang ibu sehingga meleteri anaknya bahkan mungkin kurang sabar dalam perlakuannya.

Saat anak telah mencecah usia kanak – kanak. Dia makin lincah, memanjat, menconteng dinding, memecahkan gelas dan meneroka setiap inci dunia yang berada di depan matanya. Jatuh bangun, adalah rencah kehidupannya. Si ibu sekali lagi kepenatan melayan kerenah anak – anaknya, apa yang pasti sebolehnya digari anak kecil itu agar dunia si ibu kembali aman.

Masa terus berlalu, zaman remaja dan dewasa terus ditempuhi oleh si anak dengan kerenahnya sendiri. Walaupun sudah lanjut usia, si ibu semakin kurang sabar dengan perangai anak – anaknya. Lisannya selalu menyatakan kesalahan anak – anaknya. Ingin dipukul, semuanya sudah pun dewasa.

Sedar atau tidak, anak itu menjadi sebahagian ujian Allah untuk kita yang bergelar ibu bapa meningkatkan kesabaran dalam hal – hal yang tidak kita senangi. Sedangkan Allah beserta orang – orang yang sabar dalam mengharungi segala musibah yang melanda hidup mereka. Saat kita menghadapi situasi yang kurang menyenangkan, cubalah untuk berbaik sangka terhadap apa yang terjadi. Cukuplah yang keluar dari lisan kita ialah doa – doa kebaikan dan kejayaan untuk si anak. Cukuplah pukulan sekadar menginsafkan dan peluk cium dengan penuh kasih sayang.

Anak kita adalah cerminan peribadi kita. Saat anak kelihatan menderhakai kita, semaklah kembali kederhakaan kita kepada perintahNya. Saat anak mulai enggan untuk mentaati kita, ukurlah kembali nilaian ketaatan kita kepadaNya. Kerana anak bukan sekadar diberi makan untuk terus hidup tapi perlu juga diberi didikan dunia dan agama untuk menjadi insan yang berbakti ketika di dunia dan penyelamat kita di akhirat sana.

kredit dari Portal Anakku Sayang

Ke 'BZ' an melanda...

rasa cam lama plak tak update blog,
hahaha...mang tak sempat nak bukak blog sendiri,
baca blog orang sempat la hehe....

11 - 13 Julai 2011,
mang bz giler, sbb sibuk ngan "Hari Terbuka Buku Servis" tuk semua PKMD kat penang,
cume PKMD SPS je tak sempat nak p, so kene turun padang la jumpe ngan staf sume,
dan selepas dari minggu tu banyak la lagi benda yang perlu diperbaiki,
terima kasih kepada yang memberi teguran kpd staf pentadbiran ibu pejabat.
InsyaAllah kami akan mperbaiki apa yg kurang.


18 - 19 Julai 2011
Hotel Rennaisance Kuala Lumpur,
menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang,
Syukur Alhamdulillah di atas rezeki yg diberikan oleh-Nya,
Rezki anak2 jugak kan...
Terima kasih kepada yg menghargai keje2 yang aku buat selama ni,
TERIMA KASIH SEMUA!!!

23 Julai 2011 : Hari Potensi KEMAS Sungai Petani, Kedah

seawal 5.30pg aku dh bangun konon nak prepare apa yg patut,
semangat la katakan sbb Firas nak lawan silat kat Sekolah Sultan Ismail, Sungai Petani,
siap wat sandwich lagi, kot2 la lapa nanti,
aku kejutkan Firas kul 6.30pagi, sempatla nak bersiap,
sbb kene ada kat skola sebelum kul 7.30pagi,
so, kalu sket tak sempat nak mandikan Fawwaz, aku lap muke dia,
pastu tuka baju ngan pampers je hehehe,
ayah dia takde tu yg kalut, hubby outstation kat alor setar,
kene la wat sorang2 sib baik la mak mertua ikut skali,
leh la nak tolong2, ok sambung balik...
aku sampai kat skola Firas 7.15pagi, laju tu drive kete hahaha,
sorang pun takde lagi, yg ada cikgu Rehan je, Firas org first yg sampai,
aku tinggalkan Firas kat skola, aku p amik mak mertua aku plak,
7.30pagi masih tak cukup lagi dak2 ni,
ermmm...janji melayu la katakan, bgtau sblm 7.30pg kene ada, tp time tu pun bley kire brp org yg ada,
8.45pg gak baru p,
sampai skola Sultan Ismail, kate start kul8.00 pg, tuuuu diaaaa....kul9.00 br start,
1st tu ada senam robik, pas senam robik Firas n the gang kene wat persembahan silat plak,
ok la, aku ada rakam masa dia wat persembahan, nak tunjuk kat ayah dia kan....,
sepanjang hari yg memanaskan, sian aku tengok budak2 yg dok berlawan tu,
sukan yg dipertandingkan adalah;
1. Futsal
2. Bola Jaring
3. Silat
4. Rounders
5. Seni Berirama

ingat program abis kul 2.00 petang, rupenye sampai kul 5.00 ptg skali ngan penutup.
aduii...dah la aku basuh baju, tp tak sidai lagi, kompem berbau baju2 tu,
tibe saat yg dinantikan, penyampaian hadiah la pe lagi,
aku sure la ttunggu2 pertandingan silat,
TAHNIAH!!! buat Firas n kawan2 sbb dapat tempat ke3 dari 6 Kumpulan,
ok la tu kan....dapatlah piala, seronok sakan la tu,
tp sayang time dia amik piala tu aku ada kat bawah pokok sbb Fawwaz tido,
uwaaaa.... lak larat nak dukung,
pape pun sayang kat Firas....sbb dh menang ok.

tengah bersiap nak pakai baju silat...

mendengar arahan yg cikgu bagi...

berkumpul beramai2....

hahaha...tgk la sikecik Fawwaz tu dok kusyuk tgk org yang ramai...

4 orang pendekar yang gagah perkasa hehehe...

Firas n Fawwaz....

bergambar bersama cikgu silat

Tempat Ke 3 silat antara Tabika KEMAS

Saturday, July 16, 2011

Musim Buah....

mang puas la makan buah-buahan di musim buah ni...mang sakan...
buah durian, manggis, rambutan, langsat...sume ada...
bley demam klu makan banyak2...
yang aku nak citer skang ni...pasal fawwaz...
budak kecik ni baru nak masuk setahun setengah tp,
sume dia nak buat sendiri...,
makan pun tak mau nak bersuap,
sume dia nak suap sendiri, klu kite suap...dia bley kalih kut lain,
tak mau makan la....,tunjuk perasaan la...,
bl bagi sakan la dia nak makan...,
pegang sudu pun keras lagi,
bl nak masuk dh kat mulut mesti jatuh,
mengamuk la...

 ni buah rambutan yg aku dh buang biji dia...klu tak buang nanti bley tecekik...


 tp tah camne...ade gak sebijik yg aku tak buang bijik...sesat la tu...


mang sakan la fawwaz klu dia dapat makan sendiri...

Thursday, July 7, 2011

Mengimbau Kenangan Lalu...

arini aku nak share citer pasal kawan2 aku masa blaja kat UTM, Jalan Semarak, Kuala Lumpur,
masa blaja adalah masa yg cukup seronok bagi aku la, 
masa tu la kenal kawan2 di merata negeri,
sbb aku tak pernah dok hostel, so aku tak penah rasa camne dok bjauhan ngan family,
1stly tu mang sedey la, rasa hidup ni cam susah je,
sume kene berdikari sendiri,
mang sangat2la mencabar, dok plak kat KL,
mana ada sedare mare...
tp aku bersyukur sbb dikurniakan kawan2 yg sangat baik...


 ni la kawan2 aku yg amik Diploma Penilaian (1998 - 2001)

masing-masing dhde kerjaya sendiri, tapi tak sume yg kluar tu keje dalam bidang valuation,
cth dia senang je, aku la org tu....takde langsung kaitan ngan apa yg aku blaja,
seriusssss....
tp aku suke ngan keje aku skang...
mungkin Tuhan dh tentukan rezki aku kat bidang lain...


ni plak, time wat assignment ukur tanah,
besh gak baru aku tau camne nak ukur tanah,
tapi tu pun brapa kali ukur baru btul,
skang ni klu tanya, sori la aku mang tak ingat dh bab2 ni,



dan gambar yg ni la, yg paling aku suke....,
ni la housemate aku ms blaja dl,
kitaorg still contact smpi skang,
(bdiri kiri skali tu : zati amrah - still available, sarina - sm gak, fariza - anak 2 dh n diana (yg ni mang lost contact))
(bawah kiri skali : norliana - anak 2 gak, kartini - sm cam zati n ina, roziha - anak 1 n aku la tu last skali....)
lebih 10 tahun gak aku knl ngan diaorg,
terlalu banyak kenangan ms dok skali tu,
ada lagi gamba2 ngan diorg tp gamba tu sume dok kat kg,
nanti la aku update lain,
rindu kat diorang sume,
tak tau bl masa nak jumpe kawan2 aku ni,

Wednesday, July 6, 2011

Setiap Hari Yang Memenatkan....

nak tau pasal pe?
setiap hari nak p keje kena naik feri,
tapi sejak 2, 3 bulan feri selalu buat hal,
sangat2 tak larat dengan jadual feri yang tak menentu,
setiap pagi kene bekejar2 nak naik,
sbb klu terlepas feri, mau setengah jam kemudian baru feri mai pulak,
larat ko nak tunggu??? mang tak larat dengan org yang ramai, sumer nak p keje...
camtu gak ngan balik, situasi yang sama, kadang2 sampai awal kat jeti pun tak gune,
sbb feri takde, feri penumpang hanya 2 shj,
so klu dua2 berlepas sekali, tu yg jadi lambat, tersangat la lambatnya...
dhla time tunggu kene berdiri, sbb kerusi tuk duduk pun sikit,
pastu bl feri mai, time nak masuk feri tu, mak aiii...tolak menolak akan berlaku...
ye la...klu pintu dh ttutup tak bley masuk la...kn tunggu next feri plak...
gilerr...tak mau la...mang terpakse...
klu la aku banyak duit tak mau aku nek feri yg ngok2 tu baik aku nek jambatan,
tp disebabkan tak banyak duit la, aku tpakse bsusah2 tuk cari rezeki kat negeri Pulau Pinang ni,
klu aku dapat tukar ke seberang alangkah seronoknya...
mang save giler la....lagi2 klu dapat belah sungai petani...


 ni la feri pulau rawa yang selalu aku naik tuk p balik keje...

ni plak feri pulau talang2...

Sunday, July 3, 2011

Firas dan Fawwaz

Firas ngan Fawwaz ni banyak sangat beza dia,
aku lahirkan Firas dengan operation,
sbb dia songsang, byk risiko klu aku bersalin normal gak,
Firas masa kecik2 dulu sgt susah la nak jaga,
lagi2 time berpantang, selalu nangis,
pegi mana2 pun klu tak kene tmpat sure,
dia nangis dengan kuat, adala benda2 yg ganggu dia,
so, kene la carik ustaz2 yg bley ubatkan dia,
ingat lagi time aku bawak dia balik kg,
masa tu lalu kat jalan Ijok,
situ mang banyak kelapa sawit,
time tu plak nak maghrib,
aku ingat takde pe la,
tp bl tibe2 dia nangis,
tkejut gak la, elok2 dia tido tibe2 tjaga, trus nangis,
smpi kg mlm tu ok, mlm sok tu dia jadi,
nangis yg bersungguh2, bl hubby baca ayat Kursi, lagi kuat dia nangis,
mak pun apa lagi p umah ustaz mintak air la,
balik tu percik2 kat sekeliling dlm umah,
tu dia....meremang bulu roma mak,
nampak la, kelibat makhluk tu kuar dr umah....issshhh...takut gak,
pastu ok la dia...
mang payah nak bawak dia jln2,
takut slh tempat kan,
tp skang ni dh ok dh...
nakal, biasa2 je...budak2 kan...

********
Fawwaz plak lain,
aku bsalinkan dia secara normal,
masa kecik dia senang sgt di jaga,
mungkin aku dh ada pengalaman ms jg Firas kecik2 dulu,
aku dh tau bl time dia kene minum susu, time dia tido, time dia bangun,
Alhamdulillah sume ok,
lagi satu mungkin Fawwaz ni menyusu badan lebih dari 2 bulan,
sbb Firas dulu aku sempat bagi smpi 2 bulan je,
sbb aku kene berjauhan dengan dia, masa tu kan aku keje kat KL,
Hubby ngan anak kat kedah, so, weekend je br bley jumpa,
tu la pengalaman berbeza yg aku dapat ms melahirkan dan membesarkan
dua org PUTERA ni,
Terima kasih TUHAN di atas KURNIAAN MU ini...

 ni la ragam dia klu time p mana2 nek kete...


 ni klu time ibu balik keje, tak sempat lagi kita nak letak beg umah Tok Mie dia,
tu tengok kaki dia dh naik kat adan...
klu tak buh, kuar dah ikut abang dia,
berlagak macam dh besar...

 ni ragam Firas plak, sakan nak rempit,
konon2 pandai bawak motor,
sbb ayah dia kan incharge Cubprix kat opis AAP,
terikut la tu...


 ni plak klu p tesco jumpe patung2 binatang ni,
terjerit2...nak pegang, nak kisss,
nak sayang la tu...konon....


 bl dapat kiss seronok la...
puas hati...


Saturday, July 2, 2011

Ala kadar je...

Sambut besday ala kadar je,
Ingat nak p makan Mc D kat Central Square, SP,
Sbb nak akan burger GCB tu la...haha,
Tgk2 time p tu punyer ramai la org,
Tempat pun takde yang kosong,
So, apa lagi kene tapau la,
Bawak balik makan kat umah,
Tak syok sgt la...,
Tp still ok...,
Kalau beli kek pun bukan ada org nak makan,
aku gak nanti  yg kene abiskan,
Trima kasih kat Hubby yg belanja makan Mc D,
Hehehe...


bley tahan gak la burger ni sedapp...dan lembut...daging dia...

Blog Dolu-Dolu....

Dlu aku penah ada blog gak...
tapi tu zaman aku keje swasta dulu...
ada masa free je update,
kawan aku jiha la yg suh buat blog tu...
kami mang kawan baik dl,
sbb masa pregnantkan Firas, 
Jiha pun tengah pregnantkan Luqman,
so, kami slalu bertukar-tukar cerita n pengalaman masa pregnant,
dan aku tau perkembangan dia pun melalui blog dia...
ni la blog aku zaman dolu kala...hahaha...klik la klu nak tengok...

Friday, July 1, 2011

Geraaammm!!!

Gerammmm...yg amattt...
Bl pas aku solat, aku tengok kusyen yg baru aku beli 2 bulan,
Dah calar!!!! ohh tidaaakkkk....!!!
FIRAS....sape buat ni????
(diam..., muke takut...confirm la di yg buat...)
pasal pe la p main motor mainan yg dh tak de tayar kat kusyen ibu ni???
takde tempat lain ke nak main???
geram, geram, geram aku geram....

Bad mood terus aku...
Dah la mahal...nak dapat pun punyer susah...
tunggu sampai 2 minggu...
sbb kene Q...isshhh...
tak kawan aku ngan Firas...
(Tp tuk waktu tu je...)





(ni la kesan calar yg ditinggalkan oleh mainan Firas tu...)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.:: IkatanKu ::.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

.:: Muhammad Firas Firdaus ::.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

.:: Muhammad Fawwaz Firdaus ::.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

.:: Muhammad Hafiy Firdaus ::.

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

Labels

anak-anak famili tentang aku fawwaz Muhammad Hafiy Firdaus wordless wednesday Firas giveaway kerjaya ragam anak-anak jalan-jalan segmen blog mengandung hari raya blog memori terindah birthday blogwalking apa-apa je nuffnang perkembangan terkini Hafiy mutiara kata kursus novel renungan review blog churpchurp doa CPUV Nuffnang puasa 1st Giveaway jalan-jalan cari makan pemeriksaan ibu mengandung tip didik anak pulau pinang rumahku Contest GA Hadiah Menang anak yang cerdik demam campak ibu berpantang mak mertua perkembangan hafiy pertukaran petua Hadiah GA aksi anak balik kampung banding lakeside inn belajar membaca demam hari lahir info sihat makan-makan motivasi diri pemeriksaan anak di klinik solat tesco Mini GA anniversary artis bergaduh buat baju kurung cuti sekolah cuti-cuti melaka hadiah birthday hari inovasi header kami keywords kucing makanan masak-masak peperiksaan KPSL Gred N27 pregnant rezeki sahabat blog shopping raya tak sihat 6 Mei 2013 Cuti Umum Kerajaan Negeri Pulau Pinang Bantuan Rakyat 1Malaysia Bersalin BonusLink Caesarean Carta Jantina Anak Lelaki atau Perempuan Carta Mengenai Jantina Anak Dan Usia Ibu Doa ketika bayi dalam kandungan Hanif Idrus Ibu dan bayi KFC Karya Seni Kawalan Komuniti Taman Kelahiran Normal MH370 Pengomen Setia Permohonan Bertukar Sekolah Perodua Kancil Potong Rambut Siti Nurhaliza Slot Zehra TV3 Tahun Baru Cina alat permainan anak lelaki anak perempuan annual dinner awal muharram baby berkatalah yang baik-baik kepada anak-anak blog ana suzana camana nak buat bila anak-anak bergaduh celoteh MJ doa akhir tahun doa awal tahun doa untuk anak-anak follower free diapers hari ibu hati hobi http://tengkubutang.blogspot.com i-city irma hasmie jamu lepas bersalin jamu ratus warisan plus jatuh jenis-jenis makanan semasa berpantang kaki novel kek karemel coklat moist kenduri kesyukuran keputusan peperiksaan KPSL Gred N27 tahun 2013 kesihatan khasiat buah kurma kpsl 27 lesen memandu lirik lagu luahan mak mengajar anak tidur sendiri persiapan hari raya rabun silau rezeki Allah pelbagai cara riadah petang sahabat sambutan hari merdeka samsung galaxy S2 sekolah sekolah baru sekolah darjah satu terima kasih tip cantik tip sihat top entry top post tupperware ulangtahun perkahwinan wayang 10 Surah Dalam Al-Quran Dapat Mencegah 10 Perkara 10 bulan 1000 posts 13 jam A380 33 minggu 8 bulan Aeril Zafrel Air Zam Zam Al- Fatihah Amalan Meminum Air Zam Zam Anuar Zain Awal BE BL1M BMI BORANG Permohonan BR1M 2014 BRIM 2.0 Bangunan MPSP Bayaran Hasil Beris Lake Vineyard Best Friend Forever Best Vacation Photo Beto Kusyairy Big Box Pizza Hut Bila Blogger Jadi Maid Blog Sepet Borang Permohonan BL1M Online Borang Permohonan Bantuan Lesen 1 Malaysia Bukit Merah Laketown Resot CMart Sungai Petani COLA Camera360 Cerita Perodua Anda? Cheezy Wedges Cinta Jannah TV3 Cintai Isteri City of digital lights Doa memohon zuriat dan anak yang soleh Donut buatan sendiri Drama Cinta Jangan Pergi TV9 Electric Multifunction Pressure Cooker Evelyn Rose Fajar Pakeer Felinna GA IntaNBerliaN Gangnam Style HTC One V Hanya PadaMu Hubby Ikan sepat goreng Inilah Realiti Bukan Fantasi IntaNBerlian Internet tanpa had Istana Negara Jamuan Hari Raya KGT KSSR Kartun Upin Ipin Kenaikan Gaji Tahunan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan Khasiat Air Zam Zam bagi Ibu yang Mengandung Khasiat Kurma Pada Ibu Mengandung Kuih Donut Kurikulum Standard Sekolah Rendah Ladang Anggur Beris Majalah PaMa Mak Dara Malaysia's Next Top Lucky Blogger 2013 MalaysianCubprix Maulidur Rasul Melur Jelita Menang Top komen Motor Cubprix Batu Kawan Muharram Mums n Kids Fair My Precious Iris Nabi Muhammad SAW Nelydia Senrose P1 PC Fair Pagi yang nyaman Panggil Aku Kiah Paul Walker Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012 Penjawat Awam Permohonan BR1M 2014 Permohonan BR1M 2014 secara online Persiapan Menyambut Bayi Baru Petua Mengandung Petua Mudah Mengandung Pilihanraya Pizza Hut Pizza roti Program 1Karisma Punca nafas berbunyi Putu Mayam Rumah P. Ramlee SKT tahun 2014 Sabahat Baik Sekolah Kebangsaan Tikam Batu Senarai Semak Kelengkapan Bayi Baru Shopping online Sik SimplySiti Sinopsis Cinta Jannah Sinopsis drama Cinta Jangan Pergi Slot Akasia TV3 Spongebob Star Max Technology Tahun baru 2014 Terus Cintai Aku The Fast and The Furious The Wedding Breaker Top Komen Tugu Negara Upin Ipin Zati Mohd adrianna syaz aircond akar fatimah altimet amalan penambahan rezeki amalan ucap terima kasih amanda misbun anak anugerah Allah anak isap jari anak kembar anak pandai membaca anak rajin solat anak yang nakal anak yang soleh anonymous anugerah apa itu hernia apa itu ujian pap smear apa yang boleh dan tak boleh dibuat semasa berpantang arabian night arnab asingkan anak tidur dari ibu bapa autumnz awak suka saya tak? awi rafael ayat kursi badan tak selesa bagaimana nak mengajar erti tanggungjawab pada anak-anak bahagia baju printed bakul balck out bancaan bantuan sara hidup barangan elektrik barangan online basikal baru baskin robbins batuk beg beg duit belajar berpuasa beli barang secara online berbudi bahasa berkelah di Pantai berkelah di Pantai Batu Feringgi berkhatan berpantang sendiri bersangka baik dengan orang lain bertukar ke jabatan lain berurut selepas bersalin. biar lambat asalkan selamat bila anak-anak bertanya blocking colour blueberry cheese buah langsat buah manggis buang air besar bubur keladi budak yang cerdik buku merah buku prima bulan ramadhan burger burger yang simple cabaran candy crush saga cara berpantang cara mengatasi anak yang nakal cara-cara untuk free diaper cars cash out nuffnang cat jotun cat rumah ceeranoh.com cerdik cerita hari raya 2013 cerita kegemaran check nuffnang check up bulanan cheese cheese meleleh cheesekut cicak colour congratulation coolblog cuaca panas cucu perempuan cucuk 6 bulan cucuk untuk dua bulan cukur kepala cup cake cuti damansara intan demam kuning diapers dinner doa angin ahmar doa bahagia suami isteri doa ketika hendak bersalin doa ketika hujan doa menghindarkan diri dari sihir doa minum air zam zam doa pengikat kasih sayang suami isteri doktor dugaan durian crepe email entri entri blog ephyra fasha sandha bersanding free diaper frozen gadis pecinta pink game transport games ganjaran isteri memasak untuk suami dan anak-anak gastrik google analytics google chrome gunting rambut gusti hadiah hari guru hantu hari graduasi tabika kemas tahun 2012 hari pertama sekolah di tahun 2013 hari potensi tabika kemas parlimen sungai petani hati mudah terasa hati tak bahagia hello mr. perfect hernia hidung tersumbat? Fawwaz hikmah keluarga bahagia hisap jari homework http://atienstory.blogspot.com http://ayuinsyirah.blogspot.com http://botak-gambus.blogspot.com http://cahayahatiku-lyafrina.blogspot.com/ http://herba-tihara.blogspot.com http://ihaveasweetsmile.blogspot.com http://mylovekasih.blogspot.com http://mylovelyfamily-ana.blogspot.com http://normj1001.blogspot.com http://sayangkudinadania.blogspot.com/ http://staibaqhang.com http://summerkisseswinterrain.blogspot.com http://tengkubutang.blogspot.com/ http://www.google.com/analytics hubungan menantu dengan mak mertua hujan i-city snowalk ikatan yang rapat antara anak dan ibu iklan jawatan kosong impian dan harapan 2014 integriti internet isap jari istighfar jahit baju jahit kain langsir jeli jeli nona jimat cermat jimmy palikat jiran setaman johan kad ATM kad raya kalau aku kaya kalau memang harus bagitu kampung sungai raba kampungku kanser servik kapur kasut kartun frozen kasut sekolah kata-kata hikmah kebersihan vagina selepas bersalin keburukan bagi bayi yang hisap jari kedah kehamilan kek coklat kukus kek coklat strawberry kek keju oreo kek oren kelas mengaji kelebihan ephyra kelebihan istighfar keluarga iskandar kenangan kencing kotor dan kesannya pada wanita hamil keretaku kerja isteri kesan pegambilan jamu ratus warisan plus khasiat akar fatimah khasiat jamu kira berat badan ideal kiraan BMI kisah gigi klinik pakar kanak-kanak Harcharan Sungai Petani kreativiti anak-anak kuih dangai kuih koci kuih pak tunku kuning telur kurma baik semasa berpantang kurus langgar latihan legolang malaysia lirik Ketulusan Hati lirik lagu anak kampung lirik lagu kalau aku kaya loghat utara maal hijrah magic colour main-main majlis perpisahan mak mertua terbaik makanan berkhasiat ketika mengandung makanan berkhasiat semasa berpantang makanan kegemaran makanan pejal bagi bayi 6 bulan ke atas makku yang tersayang malu malware sms manjaku baby centre sungai petani masak di hari raya masak untuk suami masakan mak mee udang pulau sayak memanjat memey bertudung memilih makanan menang teka-teki menanti saat bersalin mengajar anak-anak belajar mengigau semasa tidur menguji minda anak-anak meniarap menjaga orang sakit menyusu anak merajuk merancang sendiri merangkak mercun merdeka mini contest minum air gula minum malam minyak minyak naik harga misteri surat Al- Fatihah monster inc monster university mood shopping motivasi muara hati muntah murai nabila biela nakal nasi ayam goreng nasi kerabu novel Sebenarnya Saya Isteri Dia nugget nurul akad nikah nurul dan eric deep office operation oreo better together oscar oasis panduan sendawakan bayi selepas menyusu panggilan emak pantai merdeka pap smear pawagam pekeliling perkhidmatan bilangan 5 tahun 2013 pekembangan bayi di usia dua bulan pemandu kereta pemberian pemindahan gaji kepada pegawai perkhidmatan awam persekutuan di bawah sistem saraan malaysia pemilihan nama anak yang baik dalam islam pencerobohan di sabah pengalaman bersalin pengantin pening penyedut hingus penyusuan susu ibu peperiksaan akhir tahun peribadi perikemanusiaan periuk periuk pelbagai guna perkembanga terkini anak-anak perkembangan anak-anak perkembangan bayi perkembangan bayi 5 bulan perkembangan fetus 22 minggu perkembangan fetus 24 minggu perkembangan fetus 30 minggu perkembangan fetus 36 minggu perkembangan ketika mengandung perodua persiapan melahirkan anak persiapan sekolah personaliti anak kedua personaliti anak pertama pertama kali memandu kereta pertukaran tempat bertugas pesanan pesta pesta pulau pinang petua kulit bayi bersih petua mengetahui jantina anak petua selsema dan batuk pewangi baju pil perancang pondok-pondok posts power bank prego keju & herbs pretzels puasa ganti puding roti coklat punca bayi hisap jari punca hernia punca telinga berair puzzle quality time rambut rantai tangan resepi resepi cheesekut resepi kek coklat resepi kek oren resepi koktail buah resepi kuih inti sardin resepi nasi ayam goreng resepi puding roti resepi roti arab rezeki yang berkat ribut romper dan cloth diaper murah rosak roti roti arab sabah sahabat yang baik sakit di bahagian bawah abdomen ketika hamil sakit perut sakit telinga salam perpisahan salam takziah salindah saman traffik samsung sandiwara cinta sarang burung sardin satu barang satu ringgit sauce says sayur sayur tahan lama selamat hari raya selamat tahun baru 2014 selsema semasa berpantang senarai barisan kabinet persekutuan 2013 sendawakan bayi selepas menyusu service center samsung servis kereta servis laptop sesi persekolahan set manual breastpump autumnz shaklee shopping shopping online Hishop soalan mengenai kelahiran normal selepas caesarean softlan sos prego soya spageti status pertukaran super spontan surirumah susah nak tidur susu dutch lady 123 tahun baru 2012 tak boleh nak bukak blog sendiri taman perbandaran pulau pinang tambah rezeki tandas lelaki tandas perempuan tanggungjawab seorang isteri teka harga tekanan darah telefon telinga berair telur telur ayam telur ganjil temujanji dengan doktor tiada ubat batuk dan selsema untuk baby bawah setahun tidur sendiri tiga bulan tip asuh anak tip bila anak dah berusia 7 bulan ke atas tips anak tidur lena tips cairkan susu perahan tips gembira sepanjang hari tips kebersihan vagina tips mengurangkan sakit belakang tips untuk menangani adik-beradik yang bergaduh tiramisu tobasco tumbuh gigi tutorial letak button facebook tutorial scroll box untuk bloglist ubat batuk ubat selsema ujian minum air gula ujian pap smear village mall vita-lea shaklee walker wanita weekend wirid wanita hamil world children's day free screening og planes www.babycenter.com www.jpa.gov.my www.mialiana.com yes boss you drive you win youtube zaman sekolah zizan zoo bag zoo taiping and Night Safari